Trevo tawar pembaharuan insurans motor lebih mudah - Utusan Malaysia

Trevo tawar pembaharuan insurans motor lebih mudah

LEON FOONG (kanan) dan Pengurus Besar Trevo, Susan Teoh menunjukkan aplikasi Trevo Guard yang baru diperkenalkan. - IHSAN TREVO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan, Trevo menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans motor untuk semua pemilik kereta melalui aplikasinya.

Dikenali sebagai Trevo Guard, perkhidmatan tersebut adalah antara langkah Trevo untuk meringankan beban pemilik kereta dengan menjadikan proses pembaharuan insurans lebih mudah dan menyenangkan.

Menurut syarikat itu, polisi yang ditawarkan Trevo Guard memberi perhatian kepada ciri-ciri perlindungan khusus yang memenuhi keperluan insurans wajib bagi pemilik kereta dalam ekosistem moden perkongsian kereta individu-ke-individu dan juga e-hailing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SoCar dan Trevo Malaysia, Leon Foong berkata, perkhidmatan tersebut dibangunkan melalui usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikatnya yang sentiasa mahu menawarkan perkhidmatan dan ciri-ciri berinovasi kepada pelanggan.

Kata beliau, perkhidmatan tersebut turut memanfaatkan keupayaan aplikasi mereka sebagai pusat sehenti untuk segala keperluan pemandu bagi mengurangkan bebanan pemilikan kereta.

“Pemilik kereta di Malaysia sentiasa sibuk, oleh itu kami mahu menjadikan proses memperbaharui insurans motor lebih mudah, pantas dan baik melalui perkhidmatan yang serba mudah serta menawarkan pelbagai ganjaran bagi mengurangkan tekanan yang dialami setiap pemilik kereta.

“Perkhidmatan ini tiba tepat pada masanya memandangkan permintaan terhadap penyelesaian pembaharuan tanpa sentuhan telah meningkat secara mendadak akibat penularan pandemik.

“Dengan perkhidmatan pembaharuan Trevo Guard kami, semua pengguna juga boleh membiayai premium insurans mereka secara mudah dengan berkongsi kereta mereka di platform Trevo,” katanya dalam kenyataan dekat sini.

Trevo turut menawarkan pelbagai ganjaran untuk 1,000 pembaharuan Trevo Guard pertama termasuk kereta ganti sementara percuma sehingga tujuh hari setahun jika kereta yang diinsuranskan tidak boleh dipandu; penggunaan ‘rakan pemandu’ peribadi secara percuma untuk dua kali perjalanan selama dua jam serta rebat tunai RM128 untuk Trevo Host. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya