Pemuda sanggup tolak kerja kerajaan demi kuih bakar

Tolak kerja kerajaan demi kuih bakar

ZULFADLI Zainal menunjukkan kuih bakar manis (kiri) dan berinti daging (kanan) yang menjadi kegemaran pelanggannya di gerai Kampung Pokok Manggis, Pulau Gadong, Melaka. – FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemuda sang­gup menolak tawaran kerja sebagai penjawat awam, semata-mata ingin menceburi bidang perniagaan menjual kuih tradi­sional resipi daripada arwah ne­neknya, Burok Osman.

Ketika ditemui Mingguan Malaysia di gerainya, Zulfadli Zai­nal, 25, berkata, dia tidak berasa malu untuk mengusahakan perniagaan kuih bakar, walaupun kebiasaannya ia diusahakan go­longan wanita.

“Walaupun saya dapat tawa­ran kerja tetapi saya tolak kera­na teringat amanat daripada arwah nenek supaya saya meneruskan perniagaan kuih bakar.

“Saya mula menolong arwah nenek sewaktu berusia 15 tahun dan apabila dia meninggal dunia saya mula meneruskannya bermula dengan kaedah bayar selepas terima (COD),” katanya.

Selepas kuih bakarnya dite­rima ramai pelanggan secara COD, Zulfadli memberanikan diri membuka gerai kecil di tepi jalan Kampung Pokok Manggis, Pu­lau Gadong dekat sini.

Kini gerai yang lebih dikenali dengan nama Kuih Bakar Kak Burok sudah mula dikenali penduduk Pulau Gadong dan kawasan sekitarnya.

Tambahnya, dia menjual dua jenis kuih bakar iaitu perasa manis pada harga RM5, manakala berinti daging pula RM6 sebungkus.

“Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan antara RM7,000 hingga RM12,000 sebulan jika mendapat tempahan untuk majlis perkahwinan dan sebarang keraian,” ujar­nya.

Setiap hari, katanya, seba­nyak 15 kilogram tepung akan dibancuh untuk kuih bakar manis dan tujuh kilogram bagi kuih bakar berinti daging.

Jelasnya, memasak kuih bakar menggunakan cara lama menggunakan sabut kelapa menjadikannya lebih sedap dimakan.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, boleh dikatakan setiap hari pelanggan tidak putus-putus membeli bermula dari pukul 3 petang hingga sebelum berbuka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya