Tiga lelaki tempatan ditahan, mercun RM92,160 dirampas

Tiga lelaki ditahan, 114 kotak mercun RM92,160 dirampas

POLIS merampas 114 kotak berisi pelbagai jenis mercun bernilai RM92,160 di Jalan Saleng, Kampung Baru, Senai di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki tempatan ditahan manakala pelbagai jenis mercun bernilai RM92,160 dirampas polis dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah premis di Jalan Saleng, Kampung Baru, Senai, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, serbuan yang dijalankan pada pukul 2.30 petang menahan suspek berusia 30 hingga 47 tahun.

“Dalam operasi berkenaan, polis telah merampas 114 kotak berisi mercun pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM92,160.

“Turut dirampas dalam operasi itu termasuklah sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz dan sebuah lori jenis Isuzu Hicom yang dipercayai digunakan sindiket terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dimin, anggaran nilai keseluruhan rampasan melibatkan mercun dan kenderaan terbabit adalah RM222,160.

“Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

“Pada masa sama, kami turut menyeru kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya