Tak dapat tapak, boleh berniaga depan rumah - KM Melaka

Tak dapat tapak bazar, boleh berniaga depan rumah – KM Melaka

SULAIMAN Md. Ali berucap ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun RTM Ke-75 di Auditorium RTM Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri merancang untuk memberi kelonggaran kepada rakyat Melaka bagi menambah pendapatan menerusi aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, memandangkan operasi bazar Ramadan terikat dengan penjarakan sosial yang menyebabkan jumlah gerai menjadi terhad, pihaknya merancang untuk membenarkan peniaga lain yang tidak mendapat tapak berniaga di hadapan rumah. 

Beliau berkata, kelonggaran itu diberikan sama seperti tahun lalu iaitu ketika negara sedang berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama.

“Kalau dahulu, satu bazar Ramadan boleh memuatkan sampai 200 gerai namun dengan penjarakan 1.5 meter bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, jumlah peniaga boleh berkurang sehingga 75 peniaga sahaja.

“Kerajaan negeri tidak dapat memperbesarkan tapak baharu bazar Ramadan atas faktor-faktor keselamatan terutamanya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, jadi kita rancang untuk benarkan peniaga boleh berniaga di depan rumah sama seperti tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Ulang Tahun RTM ke-75 di Auditorim RTM Melaka di sini.

Yang turut hadir Pengarah Penyiaran Melaka, Mohd. Yusni Mohammed Ali dan Timbalannya, Fitri Al-Ibni Nadzri.

Umat Islam di negara ini kembali dapat menunaikan ibadat solat sunat tarawih di masjid dan surau seluruh negara sepanjang Ramadan bermula 13 April ini.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sambil menambah, bazar Ramadan dan Aidilfitri juga akan dibenarkan beroperasi.

Dalam pada itu, Sulaiman menambah, inisiatif itu diambil berikutan menyedari impak pandemik yang menjejaskan pendapatan rakyat.

“Walaupun mereka tidak boleh berniaga di bazar, mungkin boleh berniaga di depan rumah. Kalau tak dapat juga jangan putus asa, boleh berniaga depan rumah.

“Berniagalah di mana sahaja, jangan hanya tumpu bazar Ramadan sebab tempat terhad,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN