Suspek kejadian kes bunuh wanita stabil - Anuar Othman

Suspek kes bunuh wanita stabil

ANUAR OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lelaki yang cedera dalam kejadian pembunuhan seorang wanita dipercayai kekasihnya di sebuah rumah di Taman Perpaduan, Ulu Kinta dekat Tambun semalam, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, suspek berusia 23 tahun itu bagaimanapun belum sedar dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). 

K. KRISHNA

“Pembedahan telah dilakukan ke atas suspek untuk melihat kesan kecederaan yang dialaminya dan doktor memaklumkan bahawa kecederaan lelaki itu tidak serius.

“Suspek kemungkinan akan sedar pada malam ini dan esok (siasatan kes) boleh berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, K. Krishna, 31, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di ruang tengah rumah bersama beberapa kesan tikaman di dada dan badan.

Turut dijumpai berhampiran mayat mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai teman lelakinya yang juga parah akibat ditikam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya