Suami terjun Jambatan Pulau Pinang selamatkan isteri cuba bunuh diri

Suami terjun Jambatan Pulau Pinang selamatkan isteri cuba bunuh diri

SEORANG lelaki yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan isterinya dibawa oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat ke Jeti Batu Uban, Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki nekad terjun dari Jambatan Pulau Pinang di sini untuk menyelamatkan isterinya yang sebelumnya dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan itu. 

Usaha lelaki berkenaan membuahkan hasil selepas dia berjaya menyelamatkan isterinya yang berusia 45 tahun itu dan menariknya ke tiang 107 jambatan tersebut. 

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi di Kilometer 1.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau yang turut menyebabkan laluan kedua-dua arah di jambatan tersebut sesak. 

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian ancaman bunuh diri itu pukul 4.40 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian. 

KANAK-KANAK yang didakwa menahan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang untuk memohon bantuan selepas ibu dan bapanya terjun ke laut dalam kejadian pukul 4 petang tadi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi katanya, didapati wanita berkenaan sudah berjaya diselamatkan suaminya dan kedua-dua mereka berada di tiang 107 jambatan tersebut. 

“Tindakan anggota adalah dengan turun ke bahagian bawah jambatan menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk memujuk dan menenangkan mangsa. 

“Mangsa dan suaminya kemudian dibawa ke Jeti Batu Uban menggunakan bot nelayan dengan diiringi Polis Marin sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu tamat sepenuhnya pukul 6.18 petang tadi. 

Terdahulu, tular media sosial berkenaan seorang kanak-kanak yang menahan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang untuk memohon bantuan selepas mendakwa ibu dan bapanya terjun ke laut. 

Menerusi dakwaan yang tular dalam media sosial itu, penunggang motosikal berkenaan kemudian menghubungi talian kecemasan namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan pasangan suami isteri berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya