SMK Desa Cempaka, sekolah terbaharu diarah tutup di NS

SMK Desa Cempaka, sekolah terbaharu diarah tutup di NS

MOHAMAD RAFIE AB. MALEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah sekolah lagi di negeri ini diarahkan tutup selama dua hari susulan pengesanan jangkitan Covid-19 dalam kalangan guru dan murid.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Desa Cempaka, Nilai ditutup bermula hari ini sehingga esok.

Menurutnya, ia merupakan tambahan sebuah sekolah lagi yang ditutup atas nasihat pejabat kesihatan daerah (PKD) selepas tujuh buah sekolah termasuk SMK Chan Hwa dekat sini juga ditutup untuk tempoh yang sama.

“Sekolah ini ditutup pada 27 April hingga 28 April bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

“Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan,” katanya.

Penambahan sebuah sekolah hari ini menjadikan setakat ini sebanyak 13 buah sekolah di negeri ini telah diarahkan tutup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN