SKMM keluarkan notis Siasatan Awal Akta Komunikasi dan Multimedia

SKMM keluarkan notis Siasatan Awal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan notis Siasatan Awam mengikut Seksyen 61 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 untuk mengkaji semula tiga Piawaian Mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) sedia ada berkaitan perkhidmatan telekomunikasi. 

Pada masa sama, notis Siasatan Awam itu juga bagi memperkenalkan satu MSQoS baharu berkaitan perkhidmatan pelanggan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. 

SKMM berkata, Siasatan Awam itu bertujuan mengumpulkan pandangan orang ramai dan semua pihak berkepentingan tentang cadangan piawaian baharu berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan terbabit bagi menggantikan MSQoS sedia ada. 

Katanya, MSQoS terlibat adalah MSQoS Perkhidmatan Pelanggan (baharu), MSQoS Jalur Lebar Tanpa Wayar, MSQoS Jalur Lebar Talian Tetap dan MSQoS Perkhidmatan Selular Awam. 

“SKMM berpandangan MSQoS baharu dengan piawaian minima yang lebih tinggi perlu diperkenalkan bagi menyesuaikannya dengan perkembangan teknologi terkini. 

“Selain itu, ia bagi memenuhi kehendak pelanggan dan hala tuju strategik negara ke arah pembangunan masa hadapan mengikut acuan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Inisiatif MyDigital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas SKMM, MSQoS merupakan dokumen kawal selia di bawah AKM 1998 yang menetapkan kualiti minimum yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat yang menjalankan perkhidmatan telekomunikasi. 

“Antara syarat-syarat yang disemak semula ialah tempoh penyelesaian aduan dan respons perkhidmatan pelanggan, notifikasi atau maklumat kepada pelanggan berkenaan gangguan perkhidmatan, kelajuan rangkaian, keciciran data dan kelengahan rangkaian,” katanya. 

Katanya, kegagalan mematuhi MSQoS yang telah diwartakan boleh mengakibatkan syarikat telekomunikasi yang terbabit didenda di bawah Seksyen 242 AKM 1998. 

SKMM berkata, pihak-pihak berkepentingan boleh menyemak semua cadangan MSQoS yang bakal diperkenalkan dan memberi ulasan masing-masing selepas membaca notis dan dokumen MSQoS berkaitan melalui pautan di www.mcmc.gov.my mulai hari ini sehingga 4 Jun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya