Sindiket edar pil ekstasi, syabu tumpas, 4 individu ditahan

Sindiket edar pil ekstasi, syabu tumpas, empat individu ditahan

SEBAHAGIAN pil Eramin 5 dan dadah jenis syabu yang dirampas polis daripada empat individu dalam dua serbuan berasingan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Satu sindiket pengedaran dadah lumpuh selepas polis menahan empat individu dan merampas dadah bernilai RM241,500 menerusi dua serbuan di Kepala Batas, dekat sini Jumaat lalu. 

Dalam serbuan pertama, suspek berusia 28 ditahan dalam operasi pukul 9.30 malam manakala tiga lagi yang berusia 28 hingga 44 tahun ditahan di lokasi kedua pukul 10.10 malam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam serbuan itu polis merampas sebanyak 1,700 biji pil Eramin 5 dan 6.232 kilogram (kg) dadah disyaki syabu. 

“Dalam serbuan pertama, sebanyak 700 biji pil Eramin 5 dan 2.062 kg syabu bernilai RM10,500 dirampas manakala 1,000 biji pil Eramin 5 dan 4.17 kg syabu bernilai RM144,000 lagi dirampas dalam serbuan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, polis turut menyita wang tunai sebanyak RM20,000, tiga bentuk cincin emas dan dua utas rantai emas yang dianggarkan bernilai RM29,235.20. 

Tambahnya, siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ke atas tiga daripada mereka juga positif dadah. 

“Kumpulan itu dipercayai melakukan kegiatan pengedaran dadah untuk pasaran di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya