Simbah rumah dengan cat merah, pekerja sindiket ah long ditahan 

Simbah rumah dengan cat merah, pekerja sindiket ah long ditahan 

RUMAH seorang penduduk di Taman Mesra, Butterworth, Pulau Pinang yang disimbah cat merah oleh seorang lelaki yang bekerja dengan sindiket ah long yang ditahan polis kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki yang bekerja dengan sindiket ah long ditahan polis kelmarin selepas menyimbah cat merah pada sebuah rumah di Taman Mesra di sini. 

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang iaitu kira-kira lima jam selepas polis menerima laporan kejadian itu daripada wanita pemilik kediaman tersebut pukul 8.30 pagi. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, wanita berkenaan melihat sebahagian dinding rumahnya disimbah cat merah ketika tiba di rumahnya pada pagi hari kejadian. 

“Terdapat satu nota kecil tertera nama seorang perempuan bersama satu pesanan yang ditinggalkan, biarpun pengadu mendakwa tidak pernah meminjam wang. 

“Nota itu tertera kata-kata, ‘utang (hutang) wang bayar wang ini peringatan pertama WhatsApp ke satu nombor telefon’,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Noorzainy berkata, suspek mengaku bekerja dengan sindiket ah long dengan mengambil upah menyimbah cat dan meletakkan nota amaran pada rumah dan kedai peminjam yang gagal melunaskan hutang. 

Tambahnya, suspek akan memperoleh upah selepas melakukan kegiatan itu dengan semua maklumat peminjam diberikan melalui aplikasi WhatsApp oleh sindiket. 

Ujar beliau, pihaknya menerima enam laporan berhubung kejadian sama sepanjang tahun ini dan suspek yang bermotosikal itu mengaku terlibat dengan lima kes di daerah itu dan satu kes di Seberang Perai Selatan (SPS). 

“Dia direman selama tiga hari sehingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya