Rumah kongsi jadi 'port' transit imigran diserbu polis

Rumah kongsi jadi ‘port’ transit imigran diserbu

RUMAH kongsi di Padang Pasir Logok yang menjadi 'port' transit oleh imigran diserbu polis di Jalan Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah rumah kongsi di Padang Pasir Logok, Jalan Tenggaroh Selatan di sini, yang dipercayai menjadi ‘port’ transit kepada imigran diserbu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, serbuan pada pukul 1.30 pagi yang dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi itu berjaya menahan enam lelaki warga Indonesia termasuk dua tekong.

“Dalam serbuan tersebut polis menahan dua lelaki Indonesia berusia 29 dan 46 tahun yang merupakan tekong darat. Turut ditangkap empat imigran berusia lingkungan 27 hingga 55 tahun yang bersembunyi di dalam rumah tersebut.

“Dua lelaki warga Indonesia yang ditangkap ini merupakan ahli sindiket ‘Geng Cupeng’ yang terlibat dalam penyeludupan imigran di kawasan Bandar Penawar dan Kuala Sedili. Mereka membawa masuk dan keluar warganegara Indonesia ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menurut Hussin, selain menahan imigran, polis turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM3,000 dan mata wang rupiah sebanyak Rp2,000,350.

Katanya, suspek tekong direman di bawah SOSMA selama 28 hari sehingga 3 Mei manakala kesemua tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) pula direman 14 hari sehingga 19 April ini untuk siasatan lanjut. 

“Semua tangkapan disiasat di bawah peruntukkan undang-undang Seksyen 26A ATIPSOM 2007 jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tempoh 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. 

“Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih 6 sebatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya