Rasuah: Pengarah syarikat mengaku bersalah sempena hari lahir

Rasuah: Pengarah syarikat mengaku bersalah sempena hari lahir

BOON Chin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini atas dakwaan menceroboh tanah rizab sungai, dua minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat pembekalan komponen elektronik mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pilihan rasuah menceroboh tanah rizab sungai, dua minggu lalu. 

Tertuduh, Ang Boon Chin, 60, yang menyambut hari lahirnya hari ini membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rihaida Rafie selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, Boon Chin didakwa telah memberi suapan wang tunai RM10,000 kepada seorang penolong pegawai daerah dan tanah Klang sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kilangnya, Gallex Enterprise (M) Sdn. Bhd. 

Ini susulan syarikatnya sedang disiasat atas kesalahan menceroboh tanah kerajaan di Lot 85096, Jalan Lengkuk Selatan, Taman Perindustrian Pandamaran di sini di bawah Seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara. 

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 23 Mac lalu.

Boon Chin didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadhli Ab. Wahab memohon tarikh baharu untuk jatuh hukum selain menawarkan jaminan RM20,000 bersama seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada pihak mahkamah. 

Namun, mewakili tertuduh, Peguam Lo Mei Na memohon jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya memberikan kerjasama terhadap siasatan SPRM dan tiada risiko melarikan diri kerana isteri dan anaknya serta perniagaannya berada di negara ini. 

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 beserta seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan dan tarikh jatuh hukum pada 15 April hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya