Premis simpan gas petroleum cair melebihi had diserbu 

Premis simpan gas petroleum cair melebihi had diserbu 

SUBSIDI pukal seperti gas memasak lebih men
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Timur Laut menyerbu sebuah premis di Bayan Lepas di sini yang menyimpan gas petroleum cecair (GPC) melebihi had ditetapkan semalam. 

Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu, premis berkenaan didapati menyimpan sebanyak 1,414 kilogram (kg) GPC bernilai lebih RM1,000 yang mana melebihi kapasiti dibenarkan premis berkenaan iaitu hanya 700 kg GPC. 

Ekoran itu menurut beliau, pemiliknya disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki kawalan barang kawalan iaitu gas petroleum cecair melebihi kuantiti yang dinyatakan di dalam lesen. 

“Kita memandang serius terhadap pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh pemegang lesen barang kawalan berjadual yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat. 

“Siasatan lanjut akan dijalankan kepada pihak yang membekalkan gas petroleum cecair kepada peruncit melebihi kuantiti yang dinyatakan di dalam lesen,” katanya. 

Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 196 yang jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala syarikat perbadanan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2 juta. 

“Kit juga menyeru kepada peniaga yang menjual atau menggunakan barang kawalan berjadual untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPDNHEP bagi mengelak mereka dikenakan tindakan tegas. 

“Para peniaga seharusnya lebih peka dengan undang-undang untuk milikan barang kawalan berjadual bagi tujuan perdagangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya