Polis Tawau kesan lelaki sepak terajang, ugut bunuh anak

Polis Tawau kesan lelaki sepak terajang, ugut bunuh anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Kejam! Itu gambaran tepat terhadap perbuatan seorang lelaki yang bertindak menyepak terajang dua anaknya dalam satu video yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Bukan setakat sepak terajang, dua anaknya yang berusia antara tiga hingga lima tahun itu turut diugut bunuh dalam satu kejadian di Ulu Balung, baru-baru ini.

Menerusi dua video berdurasi 16 dan 26 saat, lelaki berusia 20-an itu dilihat mengacukan pisau sambil memijak kaki, perut, leher dan kepala pasangan dua beradik berkenaan.

Difahamkan lelaki tersebut melarikan kedua-dua anaknya itu dari rumah isterinya apabila suspek dan isterinya dipercayai baharu sahaja bercerai dan suspek bertindak sedemikian akibat cemburu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas mengesahkan pihak polis menerima laporan mengenai kes tersebut.

“Aduan dibuat seorang pengguna media sosial yang bimbang keselamatan dua kanak-kanak terbabit, selepas video dan gambar berkenaan tular sejak semalam. Bagaimanapun, kami masih menyiasat perkara ini termasuk kesahihan video dan gambar berkenaan,” katanya.

Peter berkata, beliau juga sudah mengarahkan pegawai dan anggota bertugas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan beliau meminta lebih ramai pihak tampil menyalurkan maklumat bagi membantu dalam siasatan kes berkenaan.

Menerusi Facebook OrangKunak, difahamkan kedua-dua kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat dan telah diambil oleh nenek mereka untuk dibawa ke Semporna manakala, suspek masih melarikan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya