Polis Perak pantau bazar Ramadan, pastikan SOP dipatuhi

Polis Perak pantau bazar Ramadan

MIOR Faridalathrash Wahid (tengah) menyaksikan serah terima tugas Kamarudin Mat Salleh (kanan) dengan Ahmad Adnan Basri di IPD Hilir Perak di Teluk Intan hari ini. - FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis Perak akan memantau semua lokasi bazar Ramadan di negeri ini bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, 200 pasukan pemantau polis akan melakukan pemantauan secara berterusan bukan saja di bazar Ramadan tetapi di tempat tumpuan orang ramai seperti pasar dan pasar raya. 

Menurutnya, peniaga juga diingatkan supaya tidak berniaga di tepi jalan kerana akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Peniaga perlu menggunakan peluang diberikan kerajaan negeri dengan berniaga di lokasi yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“Kalau mereka menjalankan perniagaan di tepi jalan, kita akan mengambil tindakan dan kita juga menyeru peniaga dan pembeli supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Hilir Perak antara Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh dengan Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini hari ini. 

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya juga akan memperketatkan pemeriksaan di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan orang ramai tidak mengambil kesempatan merentas negeri terutama pada Ramadan ini untuk pulang ke kampung halaman. 

Katanya, polis akan memastikan hanya mereka mempunyai dokumen perjalanan lengkap saja dibenarkan merentas negeri.

“Semangat orang mahu menyambut Ramadan biasanya akan bersama ahli keluarga atau orang tua masing-masing tetapi saya mahu nasihatkan orang ramai supaya hentikan hajat pulang ke kampung sekiranya tiada urusan penting, kecemasan atau kematian. 

“Kita akan mengambil tindakan tegas  mengeluarkan kompaun dan mengarahkan mereka berpatah balik ke destinasi asal jika terdapat cubaan merentas negeri tanpa kebenaran yang sah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya