Polis Melaka lupus dadah sejak 1995 bernilai RM181,495.67

Polis Melaka lupus dadah sejak 1995 bernilai RM181,495.67

ZULKIFLEE Rashid meneliti barang-barang kes membabitkan kertas siasatan sejak tahun 1995 untuk dilupuskan. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis hari ini melupuskan barang kes terdiri daripada pelbagai jenis dadah membabitkan 1,896 kertas siasatan sejak tahun 1995 sehingga 2020.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, kesemua dadah dilupuskan bernilai RM181,495.67.

Beliau berkata, antara jenis dadah yang dilupuskan adalah heroin seberat 445.351 gram (g), monoacetylmorphines (229 g), kanabis (1,467 g), methamphetamine (1,177 g), ketamin (24 g), mdma (104 biji), mitragynine (221.465 liter) dan nimetazepam (326 biji).

“Pelupusan ini adalah pelaksanaan kali pertama melibatkan barang-barang kes terkumpul daripada 1,896 kertas siasatan sejak tahun 1995 sehinggalah 2020.

“Barang-barang ini juga merupakan ekshibit kes-kes yang telah  dianalisa oleh Jabatan Kimia dan selesai proses perbicaraan atau perundangan” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata, ia dilupuskan dengan menggunakan khidmat Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. (Kualiti Alam).

“Bagi mematuhi kehendak piawaian alam sekitar, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka menggunakan khidmat Kualiti Alam yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual. 

“Barang-barang kes dilupuskan di premis syariah di Ladang Tanah Merah A3 Divisyen, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya