PJ City 'curi' mata Terengganu - Utusan Malaysia

PJ City ‘curi’ mata Terengganu

PEMAIN tengah Terengganu, Marcel N'Guessan (tengah) diasak kapten PJ City, K. Gurusamy dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC mensia-siakan peluang untuk menghambat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Petaling Jaya City  (PJ City)  di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu turut memaksa skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain turun ke tangga ketiga ekoran kemenangan 3-1 Kedah ke atas Sri Pahang.

Awal permainan, Ketua pasukan PJ City, K. Gurusamy hampir mengejutkan tuan rumah namun gerakannya pada minit kesembilan gagal menemui sasaran.

Memasuki minit ke-34, pemain Terengganu FC, Marcel N’Guessan berjaya memasuki kotak penalti pelawat yang menyaksikan sepakannya sekadar tinggi dan kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga rehat apabila tolakan Jordan Mintah (m-43) di depan pintu gol PJ City dihalang pertahanan lawan.

Bersambung di babak kedua, peluang terbaik tuan rumah menjelma pada minit ke-77 melalui rembatan deras Makan Konate, namun diselamatkan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Gol dicari-cari Terengganu FC tidak kunjung tiba selepas Kalamullah cemerlang menepis rembatan jarak dekat Konate pada minit ke-90 disusuli tandukan Mintah yang terkena palang.

Terengganu FC kini mengumpul 11 mata di kedudukan ketiga manakala Kedah melonjak naik dengan 13 mata, satu mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya