PGA Batalion 9 rampas treler bawa 27.3 tan beras seludup

PGA rampas treler bawa 27.3 tan beras seludup

SANUDIN Md. Isa (tengah) bersama Nor Azizan Yusof (kanan) menunjukkan beras yang dirampas PGA dalam serbuan di sebuah stor dekat Kampung Bendang, Tanah Merah, Kelantan, awal pagi tadi. - FOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu merampas sebuah treler sarat dengan 27.3 tan beras seludup di sebuah stor dekat Kampung Bendang, Tanah Merah, awal pagi ini.

Dalam serbuan pukul 3 pagi itu, PGA turut merampas 6.5 tan lagi beras yang berada di dalam stor berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk treler mencecah RM458,000.

Timbalan Komander PGA Briged Tenggara, Asisten Komisioner Sanudin Md. Isa berkata, rampasan itu dilakukan hasil maklumat awam berkait dengan aktiviti penyeludupan.

Menurutnya, sepasukan anggota PGA Batalion 9 telah digerakkan bagi melakukan intipan dan mendapati sebuah treler berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan premis berkenaan.

“Kemudian datang seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik stor berkenaan. Anggota PGA telah menunjukkan kad kuasa sebelum membuat pemeriksaan terhadap stor terbabit.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas treler itu sambil disaksikan pemilik stor tersebut telah menjumpai 564 kampit beras seberat 50 kilogram setiap satu di dalam kenderaan itu,” katanya kepada pemberita di Markas PGA Lubok Stol, di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Antara Pegawai PGA Batilion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof dengan PGA Batalion 7 Kuantan Superintendan Azhari Nusi.

Sanudin dalam pada itu berkata, siasatan awal mendapati penyeludup menukar bungkusan beras siam kepada label tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, namun gagal.

“Kesemua barangan rampasan termasuk treler dibawa ke Markas PGA Lubok Stol untuk tindakan lanjut,” ujarnya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya