PETALING JAYA: Perlawanan kedua Liga Super yang berlangsung dengan kehadiran penonton iaitu melibatkan Kuala Lumpur City (KL City) menentang Sabah malam ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Semua penyokong mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) seperti memeriksa suhu badan di kaunter saringan masuk stadium, memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka setiap masa dan kerap sanitasi tangan.
Turut hadir memantau pelaksanaan SOP Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan
Perlawanan keenam Liga Super ini menjadi projek perintis kepada kemasukan semula penonton ke stadium di mana seramai 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton dibenarkan masuk ke stadium untuk manyaksikan perlawanan di negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Aksi Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam adalah aksi pertama dibuka kepada penonton.