Penyelia asrama direman buat tuntutan palsu RM20 juta

Penyelia asrama direman buat tuntutan palsu RM20 juta

SUSPEK (tengah) diiringi anggota SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi permohonan perintah reman hari ini di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penyelia asrama sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi ditahan reman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan membuat tuntutan palsu kontrak pembekalan makanan pelajar sekolah sebanyak RM20 juta. 

Majistret, Nur Izzaty Mohammad Zahari membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor ke atas wanita berusia 40 tahun.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah bersubahat dengan beberapa syarikat kontraktor dengan membuat tuntutan berhubung kontrak pembekalan makanan bermasak bagi pelajar pada tahun 2015, 2018 dan 2020.

Tuntutan pembekalan makanan bermasak itu melibatkan jumlah tuntutan hampir RM20 juta yang mana pembekalan makanan tersebut meragukan.

Terdahulu, suspek ditahan di Pejabat SPRM Johor pada pukul 10 malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek telah ditahan reman selama enam hari. 

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya