Peniaga kecewa pembatalan bazar Ramadan di pekarangan stadium

Peniaga kecewa pembatalan bazar Ramadan

TAPAK Madinah Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ditukar menjadi PKRC bagi menempatkan pesakit Covid-19 tidak bergejala.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peniaga di negeri ini yang sepatutnya beroperasi di bazar Ramadan mengakui terkesan apabila ribuan ringgit modal digunakan untuk membeli pelbagai barangan dan peralatan ‘terkubur’ begitu sahaja, ekoran pembatalan bazar tersebut hari ini.

Namun mereka terpaksa akur kerana pembatalan itu berikutan kes Covid-19 melonjak tinggi hingga mencecah tiga angka di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

MOHD. HASIF MOHD. ASRI

Peniaga ayam bakar, Mohd. Hasif Mohd. Asri, 28, berkata, dia sudah membelanjakan sebanyak RM7,000 untuk membeli bekas minuman, rempah dan bahan-bahan untuk membuat ayam bakar dan air minuman.

“Saya juga sudah memohon lesen dengan pihak berkuasa tempatan ( PBT) selepas dibenarkan berniaga di Padang Tembak, Pengkalan Chepa dan terkejut apabila dimaklumkan Bazar Ramadan dibatalkan.

“Apa pun saya walaupun sejumlah wang sudah dibelanjakan dua hari lepas untuk berniaga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Peniaga air balang, Khairudin Mat, 28, turut mengalami nasib yang sama apabila mengeluarkan modal RM1,000 untuk membeli barangan keperluan berniaga sepanjang Ramadan ini.

“Jika dilihat kes di Kelantan masih rendah berbanding Selangor, tetapi Bazar Ramadan tetap diadakan di negeri itu.

“Saya harap kerajaan mempertimbangkan semula supaya Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi. Mereka boleh ketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) tapi tak perlulah batalkan terus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya