Pengunjung bersesak, Melaka pertimbang batal bazar Ramadan

Pengunjung bersesak, Melaka pertimbang batal bazar Ramadan

SUASANA sesak di bazar Ramadan di Taman Rambai Jaya, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan selepas terdapat pihak penganjur yang gagal memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, ia susulan laporan diterima pihaknya berkenaan suasana bersesak-sesak di dalam bazar sehingga mencetuskan kebimbangan ramai mengenai penularan Covid-19. 

Katanya, aduan tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Covid-19 dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut menentukan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini. 

“Kita dapat aduan, semakin petang semakin bersesak-sesak pengunjung di dalam bazar sehingga boleh berlanggar bahu, tak ada penjarakan sosial seperti yang telah diarahkan. 

“Jadi, kalau orang dah tak peduli mengenai SOP, terlampau nak berebut-rebut beli makanan, saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat untuk menilaikan semula sama ada mengambil tindakan terhadap penganjur atau kita batalkan saja bazar Ramadan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan di Pejabat Melaka Hari ini (MHI), di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, berliau berkata, pihaknya sentiasa cakna dengan pergelutan para peniaga yang terkesan dengan pandemik dan bersetuju membenarkan penganjuran bazar, namun rakyat juga perlu memainkan peranan dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal. 

“Di Kelantan, bazar Ramadan tidak dibenarkan. Di Melaka, saya benarkan sebab saya sayangkan rakyat terutama golongan peniaga. 

“Kita nak bantu mereka. Dalam mesyuarat nanti kita akan perhalusi, mungkin kita akan tukarkan pihak penganjur dengan mereka yang dapat menguruskan bazar lebih baik, tidak kiralah menambah jumlah pekerja atau anggota Rela untuk memastikan pematuhan SOP,” katanya.

Semalam, tular dalam media sosial keadaan bazar Ramadan di Taman Rambai Jaya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dipenuhi pengunjung tanpa pematuhan SOP sehingga menyebabkan kesesakan lalu-lintas di kawasan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya