Pengarah, penyanyi direman kes promosi judi online  - Utusan Malaysia

Pengarah, penyanyi direman kes promosi judi online 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dua video judi raya yang sebelum ini diburu polis direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kedua-dua individu itu dipercayai dalang utama pembikinan video raya mempromosikan judi atas talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek direman bermula hari ini sehingga Khamis ini.

Menurut beliau, empat lagi individu termasuk penyanyi dan komposer dalam video itu ditahan reman dua hari hingga esok.

“Mereka direman bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki sindiket judi atas talian itu.

“Siasatan awal mendapati mereka telah mendapat arahan daripada sindiket untuk menerbitkan video terbabit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, Mohamad Zainal memaklumkan, lima lagi suspek ditahan semalam berhubung siasatan dua iklan lagu raya yang didakwa mempromosi aktiviti perjudian.

“Penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor. Tangkapan ini menjadikan mereka yang ditahan setakat ini meningkat kepada 18 orang,” kata beliau. 

Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat melibatkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan pembikinan video iklan lagu raya dengan sembilan tangkapan bagi kes pertama manakala empat tangkapan bagi kes kedua.

Ini susulan tular video iklan lagu raya yang mempromosikan kegiatan judi di media sosial, minggu lalu.

Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang didakwa mempromosikan satu permainan judi.

Video kedua tular selepas video pertama yang juga menggunakan modus operandi sama bagi menarik pelanggan dalam kalangan umat Islam.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya