Penembak Olimpik 1984 Sabiamad meninggal dunia

Sabiamad, penembak Olimpik 1984 meninggal dunia

SABIAMAD ABDUL AHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas atlet menembak negara yang pernah beraksi dalam Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat, Datuk Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor, malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang anak Allahyarham menerusi Facebook miliknya, Baizura Sabi yang memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11 malam.

Menurut perkongsian sama, jenazah akan diuruskan di Surau Al Mujahidin Surada di Kajang, Selangor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal.

Sabiamad, 65, anak kelahiran Muar pernah mengharumkan nama negara dalam temasya sukan di peringkat Asia Tenggara, Asia dan dunia.

Antara kejayaan yang diraih Allahyarham adalah memenangi pingat emas Sukan SEA 1983 di Singapura dan turut beraksi di pentas Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles.

Beliau yang bersara daripada sukan profesional itu pada 1990 turut pernah menyumbang bakti dan kepakaran selaku pengurus pasukan menembak negara dalam beberapa temasya yang diadakan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya