Remaja wanita berusia 25 tahun maut kereta langgar pokok 

Pemandu wanita maut kereta langgar pokok 

SEORANG wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang, awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berdekatan sebuah hospital swasta di Jalan Masjid Negeri, di sini awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, mangsa, Aw Sin Wei, 25, maut di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 3.24 pagi dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

“Apabila sampai, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen yang telah terbabas dan melanggar sebatang pokok besar. 

“Terdapat seorang mangsa wanita yang tersepit dan anggota bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak pada pukul 3.43 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya