Pemandu Pajero lari tinggalkan 1.92 tan beras seludup

Pemandu Pajero lari tinggalkan 1.92 tan beras seludup

SEBAHAGIAN daripada beras seludup yang dirampas PGA dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan, semalam. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki lari meninggalkan kenderaan yang dipandu berisi1.92 tan beras selepas terserempak Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu di pangkalan haram Tar, Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, kelmarin.

Suspek bertindak meninggalkan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero selepas PGA cuba menahan kenderaan tersebut semasa melakukan rondaan rutin pada pukul 12.15 pagi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, semasa melakukan rondaan rutin itu pasukannya menerima maklumat berkait aktiviti penyeludupan berhampiran kawasan tersebut.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat itu sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk membuat pemantauan.

“Anggota PGA cuba menahan kenderaan itu, namun pemandunya telah bertindak mengejut dengan memberhentikan kenderaan tersebut sebelum meloloskan diri ke kawasan semak bagi mengelak dirinya dicekup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, anggota PGA telah cuba menjejaki suspek di kawasan kejadian namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Katanya, pemeriksaan ke atas kenderaan itu menjumpai 77 guni beras di tempat duduk hadapan dan belakang penumpang serta di dalam but belakang kenderaan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk Pajero dianggarkan berjumlah 17,700,” ujarnya sambil memberitahu kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya