Pemandu kereta rentung disyaki bunuh diri - Mazuki Mat

Pemandu kereta rentung disyaki bunuh diri

ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta jenis Honda Accord di Bagan Seberang, Kuala Kurau di Parit Buntar hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki yang ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Bagan Seberang, Kuala Kurau di sini pagi tadi disyaki membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, lelaki tersebut, Ong Yean Tong, 48, beralamat di Bagan Seberang, Kuala Kurau di sini disyaki menggunakan bahan bakar untuk membunuh diri di dalam kereta yang dipandunya.

Menurutnya, polis telah merakamkan keterangan seorang saksi berusia 55 tahun yang berada di tempat kejadian yang berlaku pada pukul 10.40 pagi.

Katanya, saksi yang ketika itu hendak ke tempat kerja di kolam ternakan udang miliknya ternampak sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna hitam berhenti di satu laluan, menyebabkan jalan itu menjadi sempit.

“Saksi berselisih dengan kenderaan mangsa dan ternampak lelaki yang tidak dikenalinya di dalam kereta sedang memegang satu botol minyak di tangan kirinya namun saksi tidak mengesyaki apa-apa dan dia meneruskan perjalanannya ke kolam udang.

“Selepas saksi berjalan hampir 100 meter dari kereta itu, dia terdengar bunyi letupan dari arah kereta tersebut.

“Saksi cuba untuk membantu lelaki berkenaan keluar dari kenderaannya namun lelaki itu enggan.

“Ketika itu api dari kereta yang terbakar semakin marak dan saksi menghubungi talian kecemasan untuk memohon bantuan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran yang dibantu enam jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Serai.

Katanya, pihak bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk mengawal dan memadam kebakaran kereta.

“Setelah api berjaya dipadamkan, Ong Yean Tong ditemukan rentung di kerusi tempat duduk pemandu dan mayat dihantar ke Hospital Parit Buntar.

“Bedah siasat mendapati punca kematian akibat terbakar teruk dan tiada unsur-unsur perbuatan jenayah.

“Punca kebakaran disyaki mengunakan bahan bakar untuk membunuh diri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya