Pemandu ditemukan rentung dalam kereta terbakar

Pemandu ditemukan rentung dalam kereta terbakar

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat lelaki rentung dalam kebakaran kereta di Jalan Bagan Seberang di Bagan Serai hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula, di sini hari ini. 

Mangsa yang rentung dikenali sebagai Ong Wean Tong, 48.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau, Muhamad Irham Mohd. Zain berkata, kereta jenis Honda Accord itu marak terbakar ketika pihaknya sampai di lokasi kejadian.

Katanya, kerja-kerja pemadaman segera dijalankan sebelum menemukan mayat seorang lelaki yang telah rentung di tempat duduk pemandu.

“Pihak bomba menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 10.40 pagi di mana sebuah jentera dengan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian. Api berjaya dikawal dalam masa lima minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan kenderaan tersebut musnah lebih 90 peratus dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Anggota mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya