Pelajar tingkatan lima maut selepas berbuka puasa

Pelajar tingkatan lima maut selepas berbuka puasa

MUHAMMAD AMIRUL AIMAN RUZAILAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala rakannya cedera dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 330.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Kertih, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Muhammad Amirul Aiman Ruzailan, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Seri Rasau, Dungun maut di lokasi kejadian manakala Wan Farizuan Wan Jusoh, 27, patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Felda Kertih 2 selepas selesai berbuka puasa bersama rakan-rakannya di Cukai.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15Z dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu tiba-tiba melanggar bahagian belakang sebuah lori tiga tan jenis Isuzu Hicom tanpa muatan yang dipandu di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 15 meter. Dalam masa sama, Wan Farizuan yang menunggang di belakang gagal mengelak motosikal mangsa yang berada di tengah jalan kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hanyan berkata, mayat Muhammad Amirul Aiman dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala Wan Farizuan menerima rawatan di Hospital Dungun.

Katanya, pemandu lori yang berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya