Nilai jualan perdagangan borong & runcit merosot 0.9% - Utusan Malaysia

Nilai jualan perdagangan borong & runcit merosot 0.9%

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nilai perdagangan borong dan runcit bagi Februari tahun ini merosot 0.9 peratus tahun ke tahun kepada RM108 bilion.

Walaupun merosot, nilai tersebut menunjukkan pemulihan berbanding kemerosotan 2.6 peratus yang dicatatkan bulan lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kemerosotan itu disebabkan oleh perdagangan runcit yang menguncup 2.1 peratus atau RM0.9 bilion kepada RM44.3 bilion.

“Perdagangan borong susut sebanyak RM0.03 bilion atau -0.1 peratus untuk mencatatkan RM52.6 bilion manakala, kenderaan bermotor juga menunjukkan trend yang sama dengan penurunan sebanyak RM0.01 bilion atau 0.1 peratus kepada RM11.1 bilion,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Jelas beliau, nilai jualan bulan ke bulan turut menurun 3.4 peratus pada Februari tahun ini berikutan lanjuran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ke seluruh negara kecuali Sarawak.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Jabatan Perangkaan mengumumkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) berkembang 1.5 peratus pada Februari lalu berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Menurut Mohd. Uzir, pertumbuhan tersebut dipacu oleh indeks pembuatan dengan peningkatan 4.5 peratus sementara indeks perlombongan dan elektrik masing-masing menguncup enam peratus dan 5.8 peratus.

“Output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 4.5 peratus pada Februari selepas mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus pada Januari 2021.

“Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada Februari ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (10.3 peratus); produk petroleum, kimia, getah dan plastik (8.9 peratus) dan kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (3.2 peratus),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya