Naza dilantik pengedar generasi baharu Suzuki - Utusan Malaysia

Naza dilantik pengedar generasi baharu Suzuki

Naza Automall akan menempatkan bilik pameran 3S produk generasi baharu Suzuki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naza Eastern Motors Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikannya sebagai pengedar sah kenderaan Suzuki Motor Corp.

Menurut anak syarikat Naza Corporation Holdings itu, pelantikan tersebut membolehkannya untuk menjual dan menyediakan perkhidmatan selepas jualan untuk kenderaan generasi baharu Suzuki sahaja.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pelantikan tersebut adalah sebuah penghargaan yang tinggi buat Naza apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan syarikat ternama dari Jepun itu.

“(Suzuki) telah berjaya menawan hati pengguna Malaysia sepanjang kewujudannya dalam pasaran di sini.

“Pasukan Naza Eastern Motors komited untuk memastikan kami membina kejayaan di atas reputasi kukuh Suzuki yang sedia ada dengan menyediakan produk berkualiti yang boleh dipercayai, diingini dan menceriakan,” katanya dalam kenyataan dekat sini.

Menurut Naza, bilik pameran 3S pertama Suzuki akan ditempatkan di Naza Automall, Petaling Jaya dengan keluasan 3,000 kaki persegi.

Pegawai Urusan Kanan Pengurus Besar Eksekutif, Pemasaran Automobil Global Suzuki, Kinji Saito berkata, pihaknya teruja untuk kembali ke pasaran Malaysia dengan pelantikan Naza sebagai pengedarnya.

“Pengalaman kami dengan pasaran Malaysia amat menggembirakan kerana penerimaan yang meluas dalam kalangan pelanggan dan kami sangat menghargai kepercayaan berterusan yang diberikan kepada Suzuki.

“Kami teruja untuk memperkenalkan kereta pemenang anugerah kami yang terbaharu kepada pelanggan-pelanggan setia Suzuki,” katanya.

Naza turut memaklumkan bahawa model pertama Suzuki generasi baharu akan dilancarkan di Malaysia bulan ini.

Para peminat jenama tersebut diminta untuk selalu peka dengan perkembangan terbaharunya di laman media sosial serta laman web rasmi Suzuki. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya