Murid tahun tiga cedera dipukul guru kerana tak siap kerja sekolah

Murid tahun tiga cedera dipukul guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ibu kepada murid yang cedera akibat dipukul oleh guru di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Kedah di sini mendakwa anak lelakinya tidak memaklumkan mengenai kejadian tersebut apabila pulang dari sekolah.

Ibu pelajar berusia 32 tahun itu yang memuat naik status di Facebook hari ini, mendakwa anaknya itu yang merupakan murid tahun tiga tidak menangis walaupun dalam keadaan sakit selepas pulang dari sekolah, semalam.

Menurutnya, dia sendiri yang menyedari kecederaan yang dialami oleh anak lelakinya itu sebelum bertemu dengan  dengan pengetua, guru disiplin dan guru kaunseling di sekolah berkenaan.

Pembaris yang digunakan untuk merotan pelajar hancur.

“Cikgu-cikgu tak bersalah kalau nak rotan sebab bagi hukuman mendidik tetapi ini dah tahap melampau, dah teruk.

“Saya minta netizen henti kecam cikgu-cikgu lain. Disebabkan kelakuan tidak bermoral seorang cikgu, nama cikgu-cikgu lain habis tercalar,” katanya.

Ibu pelajar itu memberitahu, lengan anaknya itu berbirat-birat hingga bengkak dan lebam selain serpihan pembaris yang pecah terkena pada dahi serta muka anaknya.

Jari anaknya pula, katanya, luka kerana menepis pukulan cikgu tersebut.

“Pembaris besar yang digunakan untuk memukul anaknya turut hancur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, ibu murid itu telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.36 petang semalam.

Katanya, ibu pelajar itu menyedari kecederaan dialami anaknya itu ketika mengambil murid terbabit dari sekolah kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

“Mangsa memaklumkan guru memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak siap kerja sekolah,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya