Loke Siew Fook kekal terajui DAP Negeri Sembilan

Loke Siew Fook kekal terajui DAP Negeri Sembilan

ANTHONY Loke Siew Fook (dua dari kanan) dan Gunasekaren (dua dari kiri) turut menjalankan tanggungjawab dalam Pemilihan DAP Negeri Sembilan yang berlangsung di Seremban hari ini. - FACEBOOK ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mengekalkan jawatannya pada pemilihan Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan yang berlangsung hari ini.

Ia diputuskan oleh 15 ahli jawatankuasa yang baharu dipilih pada pemilihan tersebut.

Jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren.

Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban memperoleh 501 undi daripada 628 perwakilan yang hadir pada pemilihan tersebut manakala Gunasekaren memperoleh sebanyak 437 undi.

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin juga kekal dengan jawatannya sebagai Setiausaha DAP negeri.

Menurut Siew Fook, jawatankuasa yang baharu itu disifatkan beliau sebagai kesinambungan jawatankuasa sebelum ini kerana hampir keseluruhan daripadanya dipilih semula untuk memimpin DAP negeri.

“Saya yakin jawatankuasa ini akan terus membawa DAP Negeri Sembilan ke arah yang lebih berjaya, kita mempunyai pasukan yang berpengalaman dan mengenali dengan dekat antara satu sama lain selain telah membuktikan kami boleh bekerjasama.

“Saya juga amat berbangga kerana jawatankuasa ini dikekalkan hampir keseluruhan malah semua wakil rakyat DAP di negeri ini pun terpilih dalam jawatankuasa kali ini. Ia satu keputusan oleh perwakilan yang kami hormati dan kami tidak akan menghampakan harapan daripada akar umbi DAP,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, telah berlangsung Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-19 di sini yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan turut dihadiri oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya