Lima premis judi dikosongkan sebelum serbuan - Abd. Khalid

Lima premis judi dikosongkan sebelum serbuan

ABD. KHALID OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemeriksaan polis terhadap lima premis judi menerusi Op Waran Geledah tidak berjaya apabila lima premis di Pinggiran USJ 1/10, dekat sini didapati telah dikosongkan.

Operasi yang dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya itu dijalankan bagi membasmikan perjudian dalam talian selepas mendapat arahan daripada mahkamah untuk menggeledah premis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman, sebanyak tujuh premis telah diserbu pihaknya sejak Februari sehingga kini dan terdapat beberapa lokasi dikenal pasti untuk diperiksa bagi memastikan kegiatannya dapat dibasmikan serta tidak beroperasi lagi.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan hari ini mendapati premis ini sudah tidak beroperasi di mana ada bekalan elektrik sudah diputuskan.

“Kebiasaannya premis perjudian ini akan beroperasi bermula jam 12 tengah malam dan sebab itu hari ini kita geledah semula untuk lihat masih ada peralatan untuk perjudian atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.

Tambah Abd. Khalid, operasi dijalankan ini hasil maklumat awam dan risikan dijalankan pihaknya dalam memastikan kegiatan perjudian dalam talian dibanteras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya