Liek Hou intai kejuaraan Sepanyol - Utusan Malaysia

Liek Hou intai kejuaraan Sepanyol

Cheah Liek Hou akan turun hari ini untuk memulakan kempen memburu pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou mahu meneruskan kecemerlangan dalam Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol bulan depan selepas berjaya merangkul kejuaraan di Dubai, kelmarin.

Liek Hou yang berada di ranking kedua dunia merangkul kejuaraan kategori SU5 (kecacatan bahagian atas tubuh badan) selepas  menumpaskan seteru rapat yang juga pemain No.1 dunia, Dheva Anrimusthi dari Indonesia 14-21, 22-20, 21-18.

Selepas setahun tidak beraksi akibat Covid-19, dia percaya kemenangan itu sangat penting buat dirinya dalam melakukan persiapan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos ini.

“Saya lebih sabar dalam perlawanan kali ini dan fokus dalam melakukan setiap pukulan bagi mengelakkan sebarang kesilapan mudah.

“Tuah juga memainkan peranan terutama di set kedua yang menjadi titik perubahan dalam perlawanan itu sehingga saya mampu mengheret permainan ke set penentuan.

“Saya harap kejohanan itu tidak dibatalkan atau ditangguhkan. Saya memang perlukan kejohanan untuk persiapan ke Paralimpik Tokyo. Saya memang bersedia dan harap dapat menghasilkan keputusan yang baik,” katanya.

Selain Liek Hou, skuad badminton para negara turut meraih dua lagi gelaran juara dalam kategori WH1 (kerusi roda) menerusi Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan dalam kategori WH2 (kerusi roda).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya