Lelaki selamat, tong gas meletup di rumah - Bomba

Lelaki selamat, tong gas meletup

KEADAAN rumah mangsa dipenuhi kaca pintu yang pecah akibat letupan gas memasak di Taman Mega Ria, Gambang, Kuantan, Pahang. - FOTO/JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 54 nyaris maut apabila berlaku letupan tong gas memasak di rumah miliknya di Taman Mega Ria, Gambang dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, letusan gas memasak tersebut telah menyebabkan cermin bahagian pintu hadapan rumah mangsa pecah bertaburan.

“Siling dan bumbung rumah di ruang dapur dan tamu musnah serta mengalami kerosakan teruk. Namun begitu kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kebakaran dan mangsa juga disahkan selamat.

“Lelaki tersebut yang tinggal berseorangan ketika itu terselamat dipercayai kerana berada di dalam bilik dan tidak melakukan sebarang aktiviti memasak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hilmi berkata, pasukan Bomba telah membuat pemantauan dan pemeriksaan di rumah berkenaan untuk memastikan benar-benar selamat.

“Kita telah memantau kejadian itu dan sudah memastikan tidak ada sebarang punca api lagi sebelum meninggalkan lokasi.

“Operasi ini telah melibatkan sembilan anggota bomba termasuk unit forensik dan menggunakan dua jentera pemadam kebakaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya