Kena tipu ah long, pengurus bank kerugian RM32,970

Kena tipu ah long, pengurus bank rugi RM32,970

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Langsung di luar sangkaan apabila seorang pengurus bank juga boleh terperdaya dan menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud.

Kejadian di Raub semalam, seorang pengurus bank berusia 32 tahun mengalami kerugian RM32,970 akibat diperdaya lelaki yang menawarkan pinjaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita tersebut mula berurusan dengan suspek sejak 19 April lalu.

“Mangsa telah melihat iklan pinjaman wang dari sebuah syarikat sendirian berhad dan telah mengisi maklumat peribadi untuk dihubungi.

“Pada hari yang sama, mangsa dihubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan meminta kad pengenalan dan slip gaji,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Wazir menambah, suspek sekali lagi menghantar mesej WhatsApp berselang sejam kemudian dan memaklumkan permohonan pinjaman RM250,000 telah lulus.

Ujarnya, mangsa diminta membayar yuran setem hasil sebanyak RM1,250 serta diikuti bayaran-bayaran lain yang melibatkan jumlah sehingga RM32,970 melalui beberapa transaksi pemindahan wang.

“Semalam, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal. Wanita itu berasa tertipu dan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya