Kementerian Kewangan kena jawab isu dana KWAN - Utusan Malaysia

Kementerian Kewangan kena jawab isu dana KWAN

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penggunaan RM5 bilion daripada  dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan perlu dijawab Kementerian Kewangan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata,  perolehan vaksin membabitkan RM3 bilion manakala RM2 bilion bagi pelaksanaan program imunisasi.

“Mengenai penggunaan duit KWAN itu,  saya sebagai pengguna duit, bukan pemberi duit, pemberi duit (Kementerian Kewangan) kena jawablah dia ambil duit dari mana, saya pengguna duit,” kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Menurut beliau,  jumlah perbelanjaan berkaitan program imunisasi merangkumi penyediaan kemudahan seperti menyewa dewan, pembayaran utiliti, penyediaan makanan selain pembayaran elaun kepada petugas.

“Macam hari ini, saya datang ke Kedah, Menteri Besar Kedah minta duit daripada saya (untuk pelaksanaan program imunisasi), nak ambil daripada mana? Kalau RM3 bilion sudah pakai beli vaksin, takkan pelaksanaan program dibuat secara percuma,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa peruntukan keseluruhan RM5 bilion itu adalah had syiling yang diputuskan Kementerian Kewangan bagi tujuan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya