JKSB sumbang kontena kepada Unit Farmasi Logistik HPP 

JKSB sumbang kontena kepada Unit Farmasi Logistik HPP 

FAISAL Shahbudin (kiri) menunjukkan tanda isyarat bagus dalam majlis penyerahan sebuah kontena yang diubah suai untuk kegunaan Unit Farmasi Logistik Hospital Pulau Pinang di Georgetown hari ini. - FOTO/MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Buat julung kalinya, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) menyumbangkan sebuah kontena yang diubah suai untuk kegunaan Unit Farmasi Logistik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini. 

Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Faisal Shahbudin berkata, kontena berukuran 12 meter itu siap diubah suai mengikut spesifikasi pihak hospital dan bakal menjadi stor simpanan bekalan dan alatan perubatan seperti sarung tangan, pelitup muka dan alatan perlindungan peribadi (PPE) yang digunakan oleh kakitangan HPP bagi mengawal penularan wabak Covid-19. 

Katanya, proses pembelian, ubah suai dan pendawaian kontena telah dilakukan sejak hujung tahun lalu namun kerana kekangan wabak Covid-19 majlis penyerahannya dilakukan hari ini. 

“Kos pembelian kontena, ubah suai, pendawaian elektrik dan sebagainya ditanggung oleh JKSB yang bernilai hampir RM24,000.

“Pihak kami berharap dengan adanya kontena ini ia dapat menjimatkan kos dari segi sewaan kontena lain dan penyelenggaraan  kepada pihak hospital dan meringankan beban kewangan HPP,” katanya selepas majlis penyerahan kontena berkenaan di Unit Farmasi Logistik HPP di sini. 

Yang turut hadir, Pengarah HPP, Datuk Dr. Teo Gim Sian. 

Faisal berkata, kontena berkenaan merupakan sumbangan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) JKSB dan diharapkan dapat mengukuhkan jenama JKSB serta mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. 

Dalam pada itu Teo berkata, sumbangan kontena berkenaan merupakan yang pertama kali seupamanya diterima oleh HPP dan akan menjadi lokasi penyimpanan barangan di Unit Farmasi HPP. 

“Sumbangan ini menunjukkan kepekaan pihak lain yang mengambil berat terhadap institusi kesihatan seperti hospital. 

“Ini juga merupakan langkah tepat dalam menyokong pihak kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya