Imam positif Covid-19, masjid di Tampin ditutup dua minggu

Imam positif Covid-19, masjid ditutup dua minggu

PROSES sanitasi di Masjid Bangkahulu, Tampin telah dilakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, baru-baru ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Masjid Bangkahulu di sini ditutup kira-kira dua minggu susulan pengesanan kes positif Covid-19 membabitkan imam masjid berkenaan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin.

Menurut beliau, kerja-kerja sanitasi oleh pasukan bomba telah dijalankan pada 16 April lalu selepas pengesanan tersebut dibuat.

Dalam pada itu, difahamkan, individu yang menjadi kontak rapat bagi kes berkenaan kini sedang menjalani proses kuarantin di rumah.

Sementara itu, mengikut data yang dikongsikan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan, telah mengesan kluster baharu di negeri ini semalam yang membabitkan aktiviti keagamaan di daerah Tampin dan Seremban iaitu Kluster Bangkahulu.

Menurut data berkenaan, kes indeks berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang dikesan positif Covid-19 pada 16 April hasil saringan individu bergejala.

“Kes mula bergejala pada 7 April lalu. Sehingga semalam seramai 29 individu telah disaring di mana 11 daripadanya disahkan positif Covid-19,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN