Ibu tunggal 10 anak terima bantuan zakat sejak 10 tahun lalu 

Ibu tunggal 10 anak terima bantuan zakat sejak 10 tahun lalu 

STEVEN Sim (kiri) cuba menenangkan Rosliza Hassan selepas wanita itu mendakwa diusir daripada rumah sewa yang didiaminya yang tular dalam media sosial semalam. - FACEBOOK STEVEN SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Ibu tunggal kepada 10 orang anak yang didakwa telah diusir daripada rumah sewanya semalam adalah antara penerima bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak 10 tahIbu tunggal kepada 10 orang anak yang didakwa telah diusir daripada rumah sewanya semalam adalah antara penerima bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak 10 tahun lalu. un lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ZPP, Amran Hazali berkata, Rosliza Hassan, 37, bukan sahaja menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500, malah wanita itu juga mendapat bantuan kewangan makanan secara bulanan sebanyak RM200 daripada ZPP ketika ini. 

Katanya, ZPP bagaimanapun akan sentiasa mengemas kini kadar jumlah bantuan bulanan itu mengikut kesesuaian semasa. 

“Selain itu, bagi membantu anak-anaknya mendapat pendidikan yang baik dan tidak tercicir di alam persekolahan, setiap tahun ZPP telah menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada mereka.

“Bagi menyambut Ramadan pula, ZPP juga telah menyediakan bantuan khas yang dinamakan Nur Ramadan iaitu berupa wang tunai dan hamper makanan kepada asnaf yang layak. Bantuan khas ini juga tidak terkecuali diberikan kepada Rosliza yang menerimanya setiap tahun,” kata Amran dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim memuat naik hantaran dalam laman Facebook mengatakan pihaknya menerima maklumat ibu tunggal tersebut telah diusir dari rumah sewanya. 

Hantaran itu menjadi tular selepas Steven turut memuat naik beberapa keping gambar bersama kenyataan pihaknya telah sedaya upaya membantu keluarga berkenaan termasuk membawa mereka membeli-belah di sebuah pasar raya dan sebagainya. 

Difahamkan, keluarga Rosliza telah diberikan satu tempat berteduh sementara yang baharu buat masa ini, namun tidak didedahkan lokasinya. 

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dihubungi memaklumkan akan melihat keperluan keluarga terbabit sebelum menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

“Buat masa ini, kita tidak dapat lagi bertemu dengan keluarga berkenaan kerana dia memerlukan masa untuk bertenang. 

“Sebaik sahaja kita dapat berjumpa dan mengumpul maklumat yang berkaitan, JKM akan melihat bantuan yang layak diberikan kepada keluarga berkenaan terutamanya untuk anak-anak dia yang masih kecil,”kata jurucakap jabatan berkenaan. 

Dalam pada itu, Utusan Malaysia yang cuba mendapatkan maklum balas Rosliza dimaklumkan oleh pembantu Steven yang wanita berkenaan mahu berehat serta menenangkan fikirannya terlebih dahulu buat masa ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya