Harga barang naik: Kerajaan perlu berhenti bertindak reaktif

Harga barang naik: Kerajaan perlu berhenti bertindak reaktif

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan dilihat gagal memberikan jalan penyelesaian yang lengkap dan segera dalam menangani isu kenaikan harga barang ketika ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan dilihat bertindak reaktif berbanding mengambil tindakan proaktif sehingga rakyat berada dalam keadaan bertambah sukar dalam suasana ekonomi terus perlahan.

“Rakyat terus terhimpit kerana pemulihan sektor ekonomi terus perlahan, kadar pengangguran yang tinggi serta isu ‘underemployment’ semakin kritikal. Jadi bila berlaku kenaikan harga barangan asas, kehidupan begitu ramai rakyat Malaysia menjadi sangat sukar.

“Inisiatif pemantauan dan penguatkuasaan harga makanan juga nampaknya tidak cukup efektif untuk mengatasi isu pembekal yang mengambil kesempatan menaikkan harga serta aktiviti monopoli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad sementara itu, turut mempersoalkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa bermula esok yang hanya menyenaraikan 12 barangan.

“Adakah wajar untuk membiarkan rakyat terus terhimpit sementara menunggu kerajaan menyenaraikan barangan lain dalam skim tersebut. Kenapa perlu menunggu ketibaan hari perayaan untuk berbuat demikian? 

“Kerajaan perlu berhenti dengan tindakan reaktif mereka. Tadbir urus yang proaktif sangat diperlukan untuk mengawal harga barangan asas supaya rakyat tidak terus terbeban dalam saat getir seperti sekarang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan untuk segera menyemak semula inisiatif Program Food Bank Malaysia yang bermatlamat meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN