Gelandangan jatuh dari pokok ketika petik mempelam 

Gelandangan jatuh dari pokok ketika petik mempelam 

SEORANG gelandangan ditemukan mati di dalam longkang selepas dipercayai terjatuh dari pokok mempelam di Taman Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang gelandangan ditemukan mati di dalam longkang selepas dipercayai terjatuh dari pokok mempelam dalam kejadian di Taman Tenggiri, Seberang Jaya, dekat sini pagi tadi. 

Mayat mangsa, Sobirin Zainol, 54, ditemukan orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 7.25 pagi. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan lengkap berpakaian di dalam longkang. 

“Berdasarkan maklumat penduduk setempat, si mati merupakan gelandangan yang kerjanya memanjat pokok mempelam dan menjual buahnya. 

“Mangsa disyaki tergelincir dari atas sebatang pokok mempelam dan terjatuh ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurut Shafee, pihaknya turut menemukan guni berisi buah mempelam berhampiran mangsa dan satu guni lagi berada di atas pokok berhampiran longkang di kawasan kejadian. 

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh si mati selain terdapat kesan darah pada telinga sebelah kiri. 

“Mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya