Gaduh di kelab malam bukan disebabkan pemerasan, gengster 

Gaduh di kelab malam bukan disebabkan pemerasan, gengster 

A. ASMADI ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menafikan kejadian pergaduhan di sebuah kelab malam di sini baru-baru ini disebabkan pemerasan oleh gengster dari Tapah seperti mana yang tular dalam media sosial. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz sebaliknya berkata, pergaduhan itu berpunca daripada provokasi dan perselisihan faham antara pemilik premis dan pelanggan kerana isu pembelian minuman.

“Siasatan mendapati, hanya dua lelaki terlibat dalam insiden itu manakala individu lain adalah pengunjung yang cuba menenangkan keadaan.

“Dakwaan bahawa terdapat penglibatan gengster dari Tapah dan wujud unsur pemerasan dalam kejadian itu juga tidak benar sama sekali,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, satu laporan polis berkaitan kejadian itu diterima pada 13 April lalu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Katanya, dua suspek yang dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Dua lelaki berusia 24 dan 19 tahun itu telah ditahan reman tiga hari bermula semalam untuk siasatan,” katanya.

Terdahulu, dua rakaman CCTV tular dalam media sosial di mana menunjukkan pergaduhan sekumpulan individu yang didakwa gengster di sebuah kelab malam pada pukul 12.20 tengah malam, 12 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya