Empat tahun 11 keluarga guna air telaga tanpa air bersih

Empat tahun guna air telaga

RAHMAH Zeyrab Khan (kiri) bersama salah seorang anaknya di telaga yang digunakan mereka sekeluarga selama empat tahun di rumahnya di Pekan Nanas, Pontian, Johor. – FOTO/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kedatangan bulan Ra­madan tahun ini memberi ke­le­gaan kepada 11 sekeluarga yang tinggal serumah tanpa bekalan air bersih setelah empat tahun bergantung kepada telaga atau perigi untuk urusan seha­rian mereka.

Akibat kesempitan hidup, air telaga itu bukan sahaja menjadi kegunaan untuk membasuh atau mandi, bahkan bagi tujuan memasak pun perigi itu amat bermakna buat keluarga tersebut yang tinggal di Pekan Nanas di sini.

Menurut Rahmah Zeyrab Khan, 69, mereka sekeluarga tia­da pilihan selain menggunakan telaga tersebut untuk kegunaan harian kerana tidak mampu selain dia menjaga tiga anak yang mengalami masalah mental dan orang kurang upaya (OKU).

“Saya hanya bergantung harap kepada salah seorang anak pe­rempuan, Rahimah Ayob, 46, yang bekerja di sebuah pasar raya manakala suaminya, Mohd. Nizam Mohd. Nawaf, 46, pula pemandu lori ayam dengan pendapatan kedua-dua mereka tidak seberapa.

“Malah mereka juga mempunyai lima orang anak yang berusia 13 hingga 22 tahun yang sedang membesar, sementara anak-anak saya yang lain tidak dapat bekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, keluarga tersebut menerima bantuan pemasangan meter air yang diusahakan Perikatan Nasional (PN) Tanjung Piai diketuai Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Musa Khamis.

Menurut Rahmah, dua anak­nya yang mengalami masalah mental akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah Azid Khan Ayob, 44, dan Mohd. Farouk Khan, 43, manakala seorang lagi anaknya yang juga berstatus OKU ialah Mohd. Alif, 32.

“Mohd. Alif menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Ma­syarakat (JKM). Sementara itu, dua cucu saya iaitu anak kepada Rahimah juga baru mula bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai kelindan lori dan seorang lagi pemandu lori bara­ngan makanan.

“Saya harap mereka sama-sama dapat bantu keluarga yang ramai ini dalam urusan perbelanjaan harian kerana bapa-bapa saudara mereka tidak mampu untuk bekerja,” katanya.

Pada masa sama, Rahmah amat menghargai usaha pihak yang membantu memasang be­kalan air bersih ke rumahnya ba­gi membolehkan mereka mela­kukan pelbagai urusan seharian dengan lebih selesa.

Sementara itu Musa berkata, program bantuan di bawah Skuad Prihatin Tanjung Piai bertujuan membantu golongan yang memerlukan meringankan bebanan ditanggung mereka termasuk golongan ibu tunggal, anak-anak yatim dan sakit terlantar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya