Ebit Lew bantu tujuh beradik jaga ibu sakit di hotel bajet

Ebit Lew bantu tujuh beradik jaga ibu sakit

EBIT Lew (kanan) menyuap makanan kepada salah seorang kanak-kanak yang dibantunya selepas menyediakan kediaman kepada keluarga terbabit di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penderitaan yang dialami tujuh beradik menjaga ibu mereka yang menghidap leukemia di sebuah bilik di hotel bajet di Larkin, di sini mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini. 

Dalam hantaran terkini dalam laman Facebooknya, Ebit terharu melihat tujuh beradik berusia dua hingga 15 tahun itu yang tinggal bersesak di bilik hotel itu sejak enam bulan yang lalu. 

Katanya, kesemua tujuh beradik yang tidak bersekolah itu mencari duit saku dengan mengambil upah menjual kuih dan kacang bagi membayar sewa hotel setiap hari. 

“Berat ujian mereka, kadang-kadang ada orang bantu beri duit dan makanan. Sayu tapi kagum anak ini mereka kuat nak menjaga satu sama lain. Masing-masing nak menjaga ibunya.

“Sampai bilik hotel mereka, saya sangat sebak kecil sangat. Terfikir bagaimanalah mereka hidup dalam bilik kecil ini. Biasalah anak-anak mereka gembira sahaja,” katanya.

Tersentuh melihat keadaan mereka, Ebit membawa mereka berpindah ke sebuah apartment yang mempunyai tiga bilik tidur ditanggung sepenuhnya oleh penceramah terkenal itu. 

Tidak terhenti di situ, beliau turut mengaturkan supaya mereka kembali bersekolah selain membuka ruang kepada untuk berniaga dengan mencari gerai berhampiran kawasan tersebut bagi menjual air dan kuih muih. 

Ebit turut membawa tujuh beradik berkenaan yang serba kekurangan untuk membeli belah dengan membeli pakaian dan selipar serba baru serta kelengkapan rumah yang lain. 

“Selepas itu, saya membawa mereka ke rumah baru untuk menjamu selera. Kami belikan perabot dan semua barang elektrik termasuk katil dan tilam selain memberi sedikit duit belanja. Syukur sangat rasa. 

“Terima kasih Hazlina yang tulis di Facebook beliau dan ada yang ‘tag’ saya. Terima kasih Dr. Salwa dari Syarikat Faiza kerana sponsor katil tilam dan lain-lain.  Doakan supaya keluarga ini dibantu Allah dan diberkati sehingga anak ini berjaya semuanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya