Cucu ugut sembelih nenek 75 tahun jika tak beri wang

Cucu ugut sembelih nenek jika tak beri wang

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang membuat ugutan bunuh menggunakan pisau terhadap neneknya sendiri selepas tidak diberikan wang seperti yang dipinta dalam satu kejadian di Kampung Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek berusia 23 tahun itu didakwa melakukan ugutan berkenaan pada pukul 6 petang.

“Dalam kejadian itu, suspek bertindak meminta wang daripada mangsa dalam keadaan marah serta mengugut untuk menyembelih mangsa jika tidak diberikan wang. Mangsa berusia 75 tahun yang ketakutan itu kemudian melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan sebelum jirannya menghubungi polis.

“Sehubungan itu, suspek berjaya ditahan sepasukan polis pada pukul 12.05 tengah malam, semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, polis turut merampas sebilah pisau berukuran 24 sentimeter panjang.

“Hasil semakan lampau mendapati suspek terbabit mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” 

Mohd. Sohaimi turut memberitahu, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya