Budak tiga tahun maut MPV terbabas rempuh penghadang lebuh raya

Budak tiga tahun maut MPV terbabas rempuh penghadang lebuh raya

KEADAAN MPV jenis Nissan Livina yang hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah di Kilometer 124 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kepala Batas malam tadi yang menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki maut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Livina yang dinaiki bersama keluarganya terlibat dalam kemalangan di sini malam tadi. 

Muhammad Iman Naufal Mohd. Firdaus maut dalam kemalangan di Kilometer 124 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kepala Batas yang berlaku kira-kira pukul 7.40 malam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas tayar belakang sebelah kiri MPV dipandu bapa mangsa pecah.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan dan melanggar bahagian tengah besi penghadang lebuh raya. 

“Ketika kejadian, MPV dinaiki lima sekeluarga itu dari arah Seberang Jaya menuju ke Perlis dipercayai dalam perjalanan untuk menziarahi datuk mangsa yang sakit,” katanya kepada pemberita  di sini hari ini. 

Noorzainy berkata, kemalangan itu turut menyebabkan bapa mangsa dan ibunya yang merupakan penumpang hadapan masing-masing berusia 33 tahun cedera ringan. 

Turut berada di dalam MPV itu jelasnya, ialah dua kakak mangsa berusia lima dan tujuh tahun namun mereka tidak mengalami kecederaan. 

“Mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya