Bersyukur terpilih tengok kalimah Allah di langit ketika bertugas

Kalimah Allah di langit

KALIMAH Allah yang dirakam di langit ketika di Pasar Borong Gong Pauh di Kuala Terengganu, awal pagi ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersyukur kerana menganggai menjadi antara insan terpilih untuk menyaksikan kalimah Allah di langit ketika bertugas di Pasar Borong Gong Pauh di sini, awal pagi ini.

Mohd. Hasmizi Harun, 32, berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 2.58 pagi ketika dia berada di tempat letak kereta pasar berkenaan. 

Katanya, turut sama menyaksikan kalimah Allah itu ialah tujuh rakan setugasnya di samping beberapa peniaga. 

“Apabila terpandang ke arah langit saya terus mengambil gambar kalimah itu tetapi bentuknya terlalu sekejap, tidak sampai dua minit.

“Saya tidak sempat hendak merakam video tetapi saya bersyukur kerana berpeluang melihat sendiri kejadian istimewa terutama di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Menurut Mohd. Hasmizi, peluang menyaksikan kalimah itu sekali gus menimbulkan keinsafan terhadap kekuasaan Allah SWT. 

Gambar-gambar yang dimuat naik Mohd. Hasmizi dalam laman Facebooknya mendapat 1,900 tanda suka di samping 2,800 perkongsian daripada orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya