APHB, Chase Perdana jalin usaha sama RM4.3 bilion - Utusan Malaysia

APHB, Chase Perdana jalin usaha sama RM4.3 bilion

Pengerusi Koperasi Amanah Pelaburan Bhd, Datuk Ilyas Mohamed (tiga dari kiri), dan Pengarah Chase Perdana Sdn Bhd, Datuk Halim Muhamat (tiga dari kanan), menyaksikan Majlis Menandatangani Usahasama Pelaburan antara AP Holding Bhd yang diwakili pengarahnya, Datuk Helmi Ilyas (dua dari kiri), dan Chase Perdana Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Sathappan Ganesan (dua dari kanan), di Menara The Exchange 106, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AP Holding Berhad (APHB), anak syarikat kumpulan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) telah meterai perjanjian pelaburan usaha sama dengan Chase Sdn. Bhd. (Chase) dengan peruntukan dana sebanyak RM4.3 bilion.

Pengerusi KAPB, Datuk Ilyas Mohamed berkata, dana itu diperuntukkan bagi projek pembangunan hartanah termasuk pembangunan campuran dengan keluasan 25 hektar di Kota Kinabalu, dan pembangunan sebuah hospital dan Universiti Perdana berkeluasan 141 hektar bertempat di Serdang.

“Kami akan bekerjasama dengan rakan usaha sama dari Amerika Syarikat (AS) untuk memenuhi pasaran pusat penjagaan kesihatan swasta yang menitikberatkan taraf piawaian emas kepada keperluan pusat penjagaan Malaysia.

“Hospital yang dibina itu akan menyediakan satu nilai yang unik kepada industri penjagaan kesihatan dengan penawaran produk-produk yang berbeza daripada hospital-hospital lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu, jelasnya, pembangunan di Kota Kinabalu pula merangkumi pusat beli-belah, SOHO, kondominium dan banglo mewah.

Menurutnya, langkah pelaburan strategik oleh kumpulan itu adalah bukti daya saing mereka dalam meraih peluang-peluang yang ada terutamanya dalam era ekonomi yang perlahan berikutan pandemik Covid-19.

Projek pembangunan di Kota Kinabalu dijangka siap dalam masa sepuluh tahun manakala projek hospital dan universiti akan siap dalam masa lima tahun selepas pelancarannya.

Kedua-dua projek itu mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM11 bilion.

Mengulas lanjut, Ilyas menggesa kerajaan untuk menggalakkan dan membantu memberi insentif kepada pelaburan seperti ini agar dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi demi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Selain itu, katanya, selaras dengan aspirasi KAPB untuk menjadi pilihan para pelabur terutamanya rakyat Malaysia, pihaknya juga menawarkan kadar pulangan yang memberangsangkan sebanyak lapan peratus setahun kepada pelabur.

Menurutnya, KAPB juga djangka akan meningkatkan keahlian baharu kepada 8,000 orang tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya